This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU~ =)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi awal-awal lagi budak-budak sekolah tempat aku praktikum tempohari call.. bukan sekali tapi boleh la 2,3 kali.. banyak tul kredit korang yea.. bak kat cikgu 10 hinggit~ hOho~

Sebabnya? nak wish 'Selamat Hari Guru' kat aku.. sO sweet~ aku terharu ok.. ingat gak kat aku walaupun tak ngajar dorang.. yelah, aku ngajar budak pra.. yang kelas perdana masuk kadang-kadang je.. tu pun kalu kena ganti kelas cikgu yang tak datang..

Tadi aku baca komen sorang cikgu sekolah tu kat fb.. anak dia budak pra.. opkos budak aku.. katanya sibuk nak bungkus hadiah utk cikgu-cikgu.. yang lucunya, anak dia nak jugak sedia hadiah untuk aku.. agaknya dah lupa aku tak ngajar dia dah.. hehe~  
ok, aku dah mula teringat kat budak-budak aku balik..huhu~

Citer bab hadiah hari guru, teringat masa aku zaman sekolah dulu.. time hari guru, mesti sibuk nak beli hadiah.. tapi hadiah yang rasanya cam paling lucu yang penah aku bagi ialah susu pekat manis.. aku balut 2 tin susu jadi cam bentuk plastik gula-gula.. boleh bayangkan tak? besar plus berat.. memang terbaik la.. haha~

Macam ni la lebih kurang gayanya.. sangat cantik kan? 
perasan =P  
 
Lepas dapat result SPM dulu, aku kije jadi cikgu ganti.. kontrak 2 bulan.. aku minta cuti masa sekolah buat sambutan hari guru.. sebab nak g temuduga masuk maktab.. bila datang semula sekolah, ada la hadiah sikit-sikit atas meja.. dan yang paling terbaik dan aku simpan sampai sekarang adalah 'besen kecik'.. hOho~ ntah budak mana bagi takde nama pun.. pape pun besen tu sangat berguna sampai sekarang.. terima kasih budak~ =)

Sebenarnya, dapat hadiah mahupun tak, aku tak kisah.. bajet redha..hOho~  bagi aku, budak-budak tu dapat manfaatkan apa yang aku ajar dengan baik pun dah cukup.. puas hati bila apa yang diajar dapat difahami dengan baik.. 

Itulah kepuasan sebenar seorang guru..  
tiba-tiba jadi serius.. hOho~

Sempena hari guru ni, aku nak wish pada semua guru, bakal guru mahupun bekas guru, tak kira apa jua gelaran untuk kalian.. 

cikgu 
ustaz
ustazah
teacher
sir
madam
pensyarah

SELAMAT HARI GURU
Terima kasih atas setiap ilmu yang kalian kongsikan..

Terima Kasih Cikgu~


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)






2 comments:

Unknown said...

camat hari gulu gulu

MerLe said...

hehe.. slmt hari guru jugak pokcik jiji