Aku godeng-godeng buku lama tadi.. buang masa dengan baca semula citer-citer dulu.. mengenang kembali kisah-kisah lalu.. ada sesuatu yang meruntun hati..
Gemersik suara tiada didengar
bait kata tiada tertulis
gurindam jiwa tiada dilafaz..
Ingin ku gapai tiada berdaya
kerna yang tinggal hanyalah sisa..
Masihkah ada ruang
untuk hati berbicara?
Kini tinggal tanda tanya...
Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan dapat kita gapai.. tak semua yang kita rancang dapat dilaksana.. dan kadang-kadang apa yang terjadi tak seperti yang difikirkan..
Sesungguhnya sabar itu ubat segala dendam.. maaf itu pengubat segala kemarahan.. biar masih ada ragu, biar masih ada sangsi, aku berserah padaNya.. yakin pada janjiNya..
Kepahitan yang ditelan, kini jadi kekuatan untuk ku terus lakarkan senyuman.. terima kasih atas setiap luka yang kau berikan.. biar pun parutnya masih ada, aku bersyukur untuk itu.. kerana parut itu menyedarkan aku makna sebuah kehidupan..
Terima kasih Ya Allah.. atas rahmat kasihMu yang melimpah ruah..
2 comments:
sedang2 aku mengusha entry ko..aku pasan ko tarok gambor pakwe ko sebelah ni..ahaha
haha.. ada mcm knal x?
Post a Comment