This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni aku nak join segmen ni plak.. Ben Ashaari yang buat.. sape nak join, boleh klik kat header dia kat bawah ni.. ok faham? bagus.. bagus.. bagus.. =)


Tajuk perbincangan kali ni adalah............

Bercinta dulu @ nikah dulu????

Bagi aku, aku lebih suka nikah dulu.. cam nampak sweet je.. just like my parent.. baru la ada cabaran skit.. lepas nikah baru belajar kenal hati budi pasangan kita.. baru nak ambil tahu apa yang dia suka apa yang dia tak suka.. memang susah nak sehidup semati ngan orang yang kita tak tahu siapa.. tapi tu la namanya kehidupan.. kalu takde cabaran, hidup ni bagaikan tiada perencah.. tawar je.. bak kata orang, pengalaman mengajar erti hidup.. itu impian aku masa dulu-dulu..

Tapi, oleh kerana aku dah 'terjatuh cinta' pada si dia, sO otomatik aku masuk kategori bercinta dulu.. pengalaman? aku tak ada banyak pengalaman sebab ini cinta aku yang pertama.. dan aku harapkan ini juga yang terakhir.. 
sila doakan beramai-ramai.. hOho~ terima kasih =) 

Sepanjang tempoh 4 tahun lebih kami bersama, pelbagai perkara dah berlaku.. di sebalik bahagia yang dia berikan, dia tetap mengajar aku mengenal apa itu erti marah dan kecewa.. menyedarkan aku erti sebuah kehidupan.. bahawa hidup ini tak selalunya indah.. setiap apa yang telah berlaku, aku jadikannya sebagai pengajaran untuk aku hadapi masa hadapan yang lebih mencabar.. sejujurnya, aku benar-benar berterima kasih padanya.. kerana kepahitan itu mengajar aku untuk jadi lebih tabah.. dan mengajarnya apa itu erti kejujuran.. 

Biar apa pun yang berlaku, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami.. mengharap agar hubungan yang terjalin akan sentiasa direstui dan dirahmatiNya..  

Pendapat aku.. dalam apa jua hubungan yang terjalin..
  1. Perlu ada kejujuran untuk kekal bahagia.. jangan sesekali ada niat untuk curang.. apa lagi betul-betul curang.. tak baik~ tak suka~ =(
  2. Perlu memahami kehendak diri sendiri dan pasangan.. jangan nak dia sorang yang faham kita.. tu tak adil..
  3. Tak boleh ada buruk sangka @ cemburu yang berlebihan.. ada sikit-sikit takpe.. tanda kita masih ambil berat.. tapi jangan takde langsung.. tu bahaya utk diri sendiri..
Dan yang paling penting.. 
Kena pandai jaga diri.. itu yang kena selalu sematkan dalam hati.. orang lain takkan boleh jaga diri kita kalau kita sendiri tak jaga dengan baik.. seseorang pernah bagitau aku..

"..Sayangi diri awak dahulu sebelum sayangi orang lain.."

Fikir-fikirkanlah..

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


9 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

betul2..sayangi diri dlu..tu penting ;)

psstt sis tumpang ddk sini ya ;)

MerLe said...

boleh.. sila..sila.. pekena milo secawan..hehe

Nurul Afifah said...

comel babay paling comel..hihi..

love is a tricky bussiness..aku sokong sgt part kena jga diri tu then sayangi diri dulu tu..paling penting cinta kat Allah...kalau itu dah kuat insyaallah hidup bahagia..aku pegang tu...

Nurul Afifah said...

comel babay paling comel..hihi..

love is a tricky bussiness..aku sokong sgt part kena jga diri tu then sayangi diri dulu tu..paling penting cinta kat Allah...kalau itu dah kuat insyaallah hidup bahagia..aku pegang tu...

MerLe said...

yea.. tu yg pling penting =)

Cik Kamoo said...

cinta itu subjektif...kalau betul caranya memang indah!

Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin ada pro dan kontra yang tersendiri.

Apa yang penting bagaimana kita mengendalikan cinta itu agar sentiasa harum mewangi sepanjang ikatan.

Cinta ...

MerLe said...

cinta dulu @ nikah dulu sm je.. yg penting tahu perlu sm2 menjaga =)

wanie misa amane said...

setiap pasangan mempunyai pengalaman percintaan yang berbeza-beza dan cuma pasangan tu je tau isi hubungan mereka kan ?

MerLe said...

yea.. betul tu =)