This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Wednesday, May 4, 2011

Mencari Idea Yang Hilang =P


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku godeng-godeng blog kejap je ni.. tak sempat nak singgah merata-rata lagi.. nanti esok-esok aku g maen jenguk-jenguk plus komen-komen orang semula.. baru teringat tak siap lagi buat laporan refleksi praktikum.. pagi tadi aku dah hadiri refleksi praktikum bagi unit prasekolah bersama para pensyarah yang amat aku segani.. cewah~ banyak perkara yang dibincangkan tadi.. yelah, 3 bulan praktikum hari tu, mesti banyak benda yang nak diberitahu.. pape pun, semua bagaikan faham dan sedar diri bahawa aku kelaparan tak makan lagi masa tu dengan tak bercakap banyak.. terima kasih pada semua yang terlibat sebab mempercepatkan refleksi pagi tadi.. hOho~

Keseluruhannya, pensyarah aku bagitau unit prasekolah menunjukkan peningkatan yang baik bagi praktikum fasa 3 ni.. ramai yang dapat cemerlang.. alhamdulillah.. harap-harap aku pun termasuk dalam kelompok tu.. insyaAllah =) 

Ok la.. nak kena buat laporan refleksi pulak ni.. dOakan aku dapat tulis dengan baik tanpa kesilapan ejaan dengan ayat yang tersusun cantik.. aku dah ada pengalaman buat kerja bab tulis-tulis ni tengah malam.. esOknya bangun pagi bila tengok semula... 

"Ya Allah! hapekebendakahyangakutulisni????"

Memang sangat teruk.. aku sendiri tak faham apa yang aku tulis masa tu.. yang nasib malangnya, pensyarah aku pun baca sama.. aiiii~ sangat malu tuhan je tahu.. tapi cam biasa la, aku buat dOno smabil gelak sOpan.. hehe~

Ok la.. dah mula nak melalut ni.. kena stop dah.. kang lewat plak nak siapkan kije.. jumpa lagi di lain entri.. 

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


No comments: