This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Monday, May 2, 2011

"SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL"


Hujan turun renyai-renyai.. kadang-kadang lebat disusuli kilat & petir.. cuaca dingin bagai menusuk ke tulang sum-sum.. semua tu cukup untuk membuatkan aku menutup mata dan tidak menyedarkan diri sampai pagi.. tapi mata takmau tertutup la plk.. puncanya? 

1) Aku penah gitau kan.. aku tak dapat join contest "JOM JOIN GIVE AWAY AIMI" sebab dah terlebih masa.. tapi tadi tup-tup aku tengok ada nama aku dalam senarai peserta.. emmmm...pelik.. pelik.. pelik.. biarkan misteri itu terus berlalu.. pape pun, aku ucapkan tahniah pada yang berjaya.. =)

2) cik Shera buat segmen nak tahu pasal cita-cita masa kecik.. ok aku join sebab aku memang ada banyak cita-cita masa kecik dulu.. hOho~


CITA-CITA MASA KECIL :

(1) Guru
Masa kecik dulu aku memang dah bercita-cita nak jadi cikgu. famili aku ramai dari golongan pendidik.. sO sedikit sebanyak aku terpengaruh.. bila dorang semua berkumpul, masing-masing duk bercerita pasal sekolah ngn budak kat sekolah.. cam best je.. hehe.. 
Selain tu, sebab masa kecik dulu time maen cikgu-cikgu, aku selalu kena jadi murid. tak pernah boleh jadi cikgu.. tak puas hati tul.. sO aku tekad jugak nak jadi cikgu.. hOho~ 
Satu lagi sebab ialah aku tak puas duk sekolah.. rasa nak g sekolah lagi.. ok tak alasan aku tu.. hOho~

(2) Penulis 
Selain cikgu, aku juga bercita-cita nak jadi penulis. aku suka sangat menulis dulu. idea untuk berkarya sentiasa ada. aku penah buat banyak sajak dan cerita panjang @ novel pendek.. tapi tak pernah aku hantar kat mana-mana majalah.. kalu ada pun kat majalah sekolah je.. lama-lama cita-cita ni terkubur bila mula meningkat dewasa usia.. aku dah jarang berkarya sekarang.. idea jarang dah datang.. plus malas..hehe~

(3) Pelukis 
Aku juga penah terfikir nak jadi pelukis.. aku ada sorang pakcik yang kerja sebagai pelukis. aku penah jumpa satu buku teks apa ntah yang muka depan dia pakcik aku lukis.. tambah plak aku memang suka melukis.. ingat masa sekolah dulu aku buat cerita komik dalam buku tulis sekolah.. puas hati sangat bila kawan-kawan baca & kata best.. tapi aku mula slow melukis bila aku di Tingkatan 4 sebab tahun tu aku ada exam besar - Sijil Menengah Ugama (SMU).. masa PMR tak la plak.. hehe.. lepas tu terus takde lukis dah.. klu ada pun biasa-biasa je.. sekadar conteng-conteng buku..

(4) Polis
Aku juga penah terfikir nak jadi polis.. just like my father.. =)  tapi aku pulak rabun.. sO nOthing more can say la kan..hOho~

(5) Jururawat
Emmmm... ada satu lagi.. aku pernah terfikir nak jadi jururawat. Aku nak ubatkan orang.. muliakan pemikiran aku..hehe.. tapi masa kecik dulu aku mabuk darah. sO keinginan nak jadi jururawat tu hanya jadi sekadar angan-angan Mat Jenin..


KARIER SEKARANG :

Sekarang aku sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau nama lamanya 'maktab'.. sO that mean aku sedang mendaki tangga untuk mencapai salah satu cita-cita aku masa kecik iaitu GURU.. aku tak pernah menyesal ngan apa yang aku pilih.. tapi aku akan terus berharap dan berdoa agar pilihan aku ni adalah yang terbaik.. =)


PENDAPAT TENTANG BLOG SHERA

Sejujurnya aku suka warna yang shera guna.. hitam + merah.. thats my favourite colours selain warna biru.. bagi aku, blog shera tak berat sangat.. sebab bila aku buka, tak perlu tunggu lama nak loading.. aku rasa cam semua dah ok.. entah la.. aku budak baru bab blog-blog ni.. so taktau apa lagi yang perlu ada ditambah.. yang penting blog menarik dan entri terbaik, insyaAllah akan baik-baik saja..


Ok.. dah selesai pun.. akhirnya mata nak beradu jugak..sO sape-sape yang nak join, sile klik pada gambar header dia ni k.. =)


Ok.. tu je untuk kali ni.. jumpa lagi di lain entri..


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)




7 comments:

Unknown said...

dulu mase kecik aku nk jd superman.. tp x jadi2 gak smpai sekarang.. :(

MerLe said...

hehe.. ok.. aku simpati ngn kamOo

Shaherah said...

tp pape pun thanks ea join.. shera first time wat segmen ni.. thanks sgt2 join2.. hargai sgt2 ni.. ^_^ nanti shera citer pasal cita2 shera pulak ea.. ^_^

MerLe said...

hehe.. no hal la.. sekurang2nya jdi idea untuk wat entri

SHM said...

intro best..
byknye cita-cita mase kecik..
tp jdik guru bukanlah satu profesyen yg org boleh pndg remeh..

Eintan Nurfuzie said...

FOLO KMU CYUNK

MerLe said...

shm : tq.. mmg.. tggungjwb mkin byk.. hnya guru yg tahu apa yg guru rasa

eintan : i'll follow u too =)