This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Sunday, May 1, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


Sebagai salah seorang guru pelatih tahun akhir yang baru selesai menjalani praktikum fasa ketiga, naluri keguruan tu dah mula kelihatan dalam diri perasan =P Oleh itu, bila jumpa contest pasal guru-guru ni, aku tak boleh tak join.. kepala otak dan mindaku terus bekerja cari idea nak buat apa.. at last, ini la hasilnya.. aku reka satu sajak khas untuk guru-guru aku yang tak pernah jemu mendidik dan mengajar aku yang buta nombor ni.. idea tiba-tiba datang mencurah-curah ke ladang gandum.. jadilah koko krunch~ eh, silap.. jadilah sajak ni.. hOho~ terima kasih ye cikgu..

 Ni la blogger yang anjurkan contest ni.. ada pape persoalan? nak join jugak? sila klik ke gambar dia ok.. =)

Ok.. meh baca sama-sama.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan.. sile baca dalam mOod yang serius plus tacing..

Tajuk :
'Terima Kasih Guru, Terima Kasih Cikgu'

Hari itu
kau katakan padaku
ilmu itu cahaya
penerang hari esok

Hari itu
kau bisikkan padaku
ilmu penyuluh hidup
pembimbing waktu kusut

Biar seribu onak badai melanda
kau teguh di situ
mengalun lembut kata saktimu
mengungkap satu persatu
rahsia alam
rahsia hidup

Hari ini
kata itu tiada lagi
bisikmu hilang bersama bayu
Namun
azimatmu tersemat kukuh di hati
untuk ku laungkan pada generasi kini
erti sebuah ilmu..

Terima Kasih Guru.. 
Terima Kasih Cikgu..


Ok tak? Ada sedikit rasa sebak di hati ini.. teringat balik semua cikgu cikgi ustaz ustazah sir madam yang pernah mengajar aku dulu.. untuk itu, aku tambah lagi satu pantun..

Pergi pasar beli budu
Beli bersama sekilo santan
Terima kasih wahai guru 
Jasamu tetap dalam ingatan

Ok la.. itu saja untuk kali ini.. aku dah cukup syarat kan.. semua hasil nukilan di atas adalah idea aku sendiri.. takde unsur-unsur peniruan di sini.. harap maklum.. sekian terima kasih..


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)



3 comments:

Unknown said...

weh..bile hari guru ek..ehhe..satu lagi..ko pon kelantan jugak ghupenye..

MerLe said...

Ya Allah cikgu jiji ni..bleh plk tnya ble hri guru..
"hari guru jatuh pada 16 Mei setiap tahun..sekian terima kasih" hehe~
yea..sy org kelantan cikgu jiji.. kubang kerian mari.. =)

IMANSHAH said...

Thnks