This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Wednesday, May 11, 2011

Bingkisan Buat Teman.. Hepi Besday~ =)


Salam~

Mata dah nak tertutup tapi aku gagahkan jugak mata ni semata-mata nak wat entri ni.. khas untuk 1 of my best friend.. a really good friend for me.. 

Yea, dia terlalu baik.. aku ingat dulu masa aku sekolah kat kampung.. duk ngan nenek.. mak ayah takde sebab kerja jauh.. seminggu sekali datang jenguk kami adik beradik.. & di situ aku jumpa sorang kawan yang sanggup berkorban untuk aku yang tak tau pape.. padahal kalu dia terus ke sekolah pun takpe.. dari amik masa 10 minit je ke sekolah jadi lebih dari setengah jam.. semuanya demi aku.. bila ingat balik, aku rasa sangat tacing.. sanggup patah balik ambil aku ngan basikalnya sebelum g sekolah bila ada aktiviti petang.. nak g umah nenek aku dari umah dia bukannya dekat.. kena lalu ladang pokok getah, bukit, anak sungai kecik je la, lorong-lorong kecik.. tapi dia sanggup demi seorang kawan yang baru dia kenal beberapa minggu.. sangat baik.. sampai sekarang aku still tak dapat balas jasa dia..

Bagi aku, dia sorang yang cantik.. lemah lembut dan baik hati.. aku kenal dia sebagai sorang yang sangat menjaga hati.. punyai seorang kawan, teman dan sahabat seperti dia adalah hadiah yang paling bernilai dalam hidup aku..

Hari ni, 11 Mei.. hari lahir dia yang ke tuuuuuuuuuttttttttttt... umur dia sama ngan aku.. sO agak-agk sendiri la ye..hehe.. selalunya aku akan hantar kad birthday pada dia.. tapi kali ni aku tak dapat buat apa yang selalu aku buat tu.. sO kat sini, aku nak wish kat dia..

SELAMAT HARI LAHIR SU..
Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak..
Rindu awak sangat sangat =)

belas ehsan dari fb dia..hehe..

 Dia baru je kawin.. syantek kan kawan i.. agak kecewa sebab tak dapat g majlis dia hari tu.. pape pun, doa aku sentiasa mengiringi dia..

Thanks for being my best friend.. always missing u dear.. =)


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


3 comments:

Unknown said...

ohohohoh...eid milad saeid

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
MerLe said...

jiji : tocey3~ tlg bls utk dia