Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Banyak aktiviti semalam @ kelmarin kan.. peminat bola ngn citer bolanya.. yang suka nyanyi ngan program realitinya.. walaupun tak tengok, aku tahu Barcelona yang menang.. tahniah pada yang main & yang sokong.. pada yang sokong Man U, sabar je la.. esok ada lagi.. adat la menang kalah kan.. yang penting, semua dah berusaha beri yang terbaik..
Sebelum tu, telinga aku dah naik tuli sebab Red Warriors kembali berada di kedudukan teratas liga.. ok~ nampak skema tak ayat..hOho~ sebab apa? adik aku duk bersorak sorai sebelah telinga aku.. dia tak sedar agaknya dia duk kat Terengganu sekarang..
Ok.. memandangkan aku tak tengok bola, aku mengadap Mentor je semalam.. & macam yang semua dah tahu, Salma yang menang.. tahniah~ aku tak kisah sangat sebenarnya.. cuma aku harap, semuanya dapat jaga diri baik-baik lepas ni.. moga tak bertambah artis-artis yang hanya reti tunjuk perangai yang tak elok je.. jadilah artis yang boleh menunjukkan contoh yang baik pada orang lain.. takyah duk tiru yang tak elok.. bajet dorang baca..hOho~ ok stop pasal ni..aku dah start membebel.. =P
Pape pun, semua orang ada kelemahan.. tapi jangan lupa yang dalam diri setiap individu, ada kelebihan yang mungkin tiada pada orang lain.. hargai kelebihan yang kita ada.. dan gunakan di landasan yang betul.. insyaAllah semuanya akan baik-baik aja..
JAGA DIRI.. JAGA PERIBADI..
papai~ =)