Hari itu aku terasa sesuatu yang aneh.. benar.. semuanya terasa aneh.. pulang dari sekolah, aku lihat dia terbaring di atas kerusi itu. yea, di situlah tempatnya sejak sakit itu datang.. perlahan, tangannya ku gapai..
"Mek, along balik dah.."
Dia hanya diam.. tapi dari lirikan matanya, aku tahu dia membalas sapaanku.. selesai siapkan diri, aku duduk berehat di sisinya.. mataku memandang tepat ke televisyen.. sesekali aku pandang dia.. masih diam di situ..
Kringggggg...kringggggggg
"Petang ni kita ada unit beruniform"
Suara teman merangkap jiranku mengingatkan semula apa yang telah kulupakan..
"Emmm..ok..saya bersiap"
Mataku memandangnya yang terbaring.. tiba-tiba hatiku terasa sebak.. entah mengapa.. seolah-olah ada sesuatu yang menghalangku dari melangkah keluar
"Mek, along g sekolah dulu"
Tangannya ku cium.. sejuk.. aku pandang wajahnya.. tiada berubah riak mukanya..
"Mek tunggu along balik tau.. along g sekolah kejap je"
**********************************************
Masa terasa begitu lambat berlalu.. celoteh guru dan teman di sisi bagaikan angin lalu.. hati meronta-ronta mahu segera pulang.. tiba-tiba terasa menyesal datang ke sekolah petang itu.. fikiranku dibayangi wajahnya.. pandangan matanya tadi seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu.. apakah?
**********************************************
Dari jauh, aku lihat kelibat kereta itu menuju ke arahku.. penantian selama 30 minit berakhir juga.. sebaik pintu dibuka, aku terpana seketika.. kereta jiranku itu sudah sarat dengan penghuninya.. mujurlah badanku yang kecil dapat memenuhi sedikit ruang yang ada..
"Maaf, makcik pergi lawat mek along dulu tadi"
Mereka memandangku dengan pandangan yang aneh.. aneh bagiku.. bertanyakan beberapa soalan yang aneh.. aneh jika difikir dengan teliti..
"Macam mana keadaan mek along sebelum along pergi sekolah tadi?"
Mengapa soalan itu ditanya sedangkan mereka baru saja melawatnya???
*******************************************
Ramai orang yang datang melawat hari ni.. hatiku berdetik melihat himpunan alas kaki di depan pintu rumah.. semua mata memandangku sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah..
Kenapa ramai sangat orang datang hari ni???
Seorang demi seorang menghulurkan tangan untuk bersalam.. senyum ku berikan tanda hormat walaupun tiada seorang pun yang ku kenal.. mungkin kawan-kawan mek.. detik hatiku lagi.. langsir yang memisahkan ruang depan dan ruang tamu kuselak.. langkahku terhenti.. sekujur tubuh terbaring di depanku......
Mek.. along rindukan mek.. al-Fatihah
*******************************************
14 tahun dah berlalu.. tapi peristiwa ni masih berbekas di hati.. ok~ aku tengah sedey sekarang.. huhuhu~ aku tak tipu k..
Aku wat entri ni sebab Dr.Siti Hamidah wat contest suh cerita "Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Sewaktu Kecil" Oleh sebab ni la memori yang paling takleh dilupakan, ni je la yang boleh aku cerita.. yang lain kurang jelas di ingatan sikit.. sebabnya? bak kata ustaz aku dulu,aku ada masalah hilang ingatan..hOho~ ok..ni separuh tipu..
Sape-sape rasa cam nak mengimbau balik kenangan silam dia, boleh la join.. pape hal, klik je banner kat bawah.. ok, budak dalam banner tu comey~
Kali ni aku tag...
Sape-sape nak kenal sape dorang ni, bleh la klik kat nama-nama dorang tu.. aku siap promote dorang dah tu.. hOho~
Pape pun yang penah jadi, teruskan hidup ni dengan senyuman.. kerana senyuman itu penyeri hari-hari kita..
Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)
7 comments:
good luck=)
tenkiu =)
hurm, sedihnya..teringat mek saya
emmmmmmmmmmm...sedey.....
saya lak yang touching baca ni ..
huhu.. mmg pun ..menaip dlm air mata
terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi kisah ini...jaga diri ya..
Post a Comment