Kadang-kadang kita hanya memandang kelemahan orang lain,
tapi lupa pada kekurangan diri sendiri..
Kadang-kadang kita hanya ingat kesilapan orang lain,
tapi lupa kebaikan yang pernah diberi..
Kadang-kadang kita terlalu memuja kelebihan orang lain
hingga lupa kemahiran yang ada dalam diri..
Bersyukurlah
dengan apa yang ada
Redhalah
dengan apa yang berlaku
Kerana tiap apa yang terjadi
ada hikmah yang tersembunyi
tersembunyi dari pandangan mata dan hati
Hanya DIA yang mengetahui
apa yang terbaik untuk setiap makhlukNya
baik di langit
mahupun di bumi..
No comments:
Post a Comment