This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Sunday, April 17, 2011

- berkhemah + rehat sepuas hati = "bila nak start buat rph?"


Perkhemahan budak sekolah aku dah berakhir ngn jayanya.. kumpulan budak aku dapat nombor 4 daripada 5 kumpulan.. hOho~ tape..tape~ yang penting dapat hadiah hamper jugak.. tapi aku tak dapat pun.. smpai hati kamOo amik semua! cis! esOk cikgu nak merajuk ngn kamOo.. mengada =P

Petang kelmarin buat aktiviti jelajah sambil tutup mata.. kesian aku tengok budak merangkak, meniarap, jalan cam itik, langgar tiang, jatuh longkang, berendam dalam selut, kena siram air.. macam-macam la.. aku tukang bawa budak je.. habis je aktiviti semua baju berubah warna. semua warna senada je.. warna lumpur.. hOho~

Semalam aku tido kat sekolah ngan budak-budak.. tapi aku tak tido dalam khemah pun.. aku tido dalam bilik kaunseling sekali ngn sorang staff sekolah & opkos la my praktikum partner.. semalam ada barbeque utk cikgu cikgi.... kena bayar rm10 sorang.. aku ngan tiga-tiga partner praktikum pula kena jadi hakim acara Malam Kebudayaan.. kreatif budak - budak ni.. ada yang berlakon, menyanyi, berdikir barat, rap hape kejadah ku tak faham apa yang disebut masa tu,  maen rekoder & macam-macam lagi.. hebat3~ bagi tepukan gemuruh pada mereka.. siap je pertandingan tu, aku pun ngn semangatnye nak g makan barbeque.. yelah, sementara tunggu aktiviti seterusnya, makan la dulu.. bayar rm10 tu.. yg aku tahu, ada ikan talapia, ikan pari, ayam, daging & ntah ape lagi.. tapi sangat la terkilan di hati bila melihat semua ikan dah xde.. bukan setakat ikan, tulangnye pun dah takde.. sampainya hatimu.. =(  
aku bukan nak sangat.. bukan jugak kempunan tahap babas.. tapi mengenangkan duit yang dh dilaburkan dan janji nak makan sama2, terasa ketidakadilan berlaku.. lepas tu boleh plak tadi duk bercerita.. 
"sedap ikan talapia semalam" 
wallah~ aku terasa  nak adakan acara lambung kuali yang guna buat masak sarapan budak pagi tadi je masa tu..nsib baek aku ni penyabar orangnya..hOho~ perasan =P  ok..lupakan je..buang yang keruh amik yang jernih.. semua tu dOnia semata-mata..

Tinggalkan cerita yang tak best.. kita sambung yang best plak.. semalam gak lepas episod merajuk tu, ada 1 lagi aktiviti untuk budak.. main Burung Hantu~ sape tau gane, sile angkat tangan macam saya~ hOho~ aku sebenarnya tak tahu sebab dirahsiakan takut budak-budak tahu.. konon-kononnya nak buat surprise la.. sebelum tu budak-budak siap baca Surah Yasin, amik wuduk untuk persediaan.. ni disebabkan oleh aktiviti malam sebelum tu.. nak tahu pasal ape? baca kat sini..

Selepas mata ditutup, aktiviti pun bermula. ustaz amik alih bagi tazkirah sikit.. ntah ape dia cakap sampai budak takut sangat masa tu.. dorang gerak ikut kumpulan dalam barisan.. mula je nak gerak, sorang budak pengsan sebab takut sangat.. lepas kumpulan 2 lepas, sorang plak yang muntah sebab takut jugak.. kije cikgu cikgi bawa barisan budak jalan macam kereta api keliling sekolah.. beberapa orang cikgu lagi cuba pisahkan setiap ahli kumpulan.. last-last semua jadi duk sorang-sorang.. masa tu aku rasa kesian sangat kat budak.. naluri keibuanku terserlah di situ.. keperasaan melanda diri.. hOho~ bila semua budak duk sorang-sorang, aktiviti gangguan minda pun bermula.. ada yang kipaskan bagi berangin, ada yang seret penutup tong sampah, ada yang ketuk tong, bisik-bisik kat telinga, wat macam-macam bunyi..& yang paling best letak batu atas riba budak sambil usik-usik kata tu batu nisan..partner praktikum aku yang buat.. memang kesian la aku tengok.. tapi yang bagusnya budak-budak tu semalam, apa je yang berlaku, dorang tak berenti baca ape-ape je surah @ zikir yang dorang ingat.. ada gak budak sampai azan & iqamat terus.. tapi part yang paling best ialah budak-budak asli.. kt sekolah aku ramai budak-budak orang asli nonMuslim.. masa tu ada sorang jerit 
"ya Allah, tolonglah aku!"
dia jerit dan ulang berkali-kali sampai dibawa duk ngan kawan-kawan semula.. Moga dia akan dapat hidayah pada masa akan datang.. insya Allah..

& part kedua yang best ialah pasal sorang budak nakal ternama di sekolah.. malam sebelum ni dia dah kena.. sile rujuk entri sebelum ni kalu nak tahu.. dia takut sangat sangat sangat smpai tak terkata.. kesian pun ada.. dia siap buat ikrar nak berubah, nak jadi anak yang baik, nak rajin belajar, tak mau rempit-rempit.. nak bawa motor perlahan-lahan je..  haaaaa~ kantoi penah rempit~  harap-harap budak tu betul-betul berubah.. semua guru berharap yang terbaik untuk anak murid dia.. betul kan cikgu cikgi sekalian~ =)


 budak kumpulan aku yang sangat nakal..rasa mau ku jentik-jentik telinga sorang-sorang..

Peserta terbaik lelaki & perempuan..knape dorang dipilih? 


1) yang perempuan tu sangat la berani. wat pape pun dia buat dOnO je..takde rasa takut langsung..hebat kamOo ye.. 
2) yang laki pulak? sebab dia la budak yang aku ceritakan kat atas tadi..hOho~ terpilih sebab objektif nak menyedarkan dia dah tercapai. semalam dia siap g salam semua cikgu yang dia jumpa, minta maaf.. ngan aku pun dia minta maaf padahal aku baru masuk kelas dia sekali je.. pape pun, cikgu sentiasa menyokong kamOo.. chayOk~


fuh~ panjang lebor sungguh nOoo.. pape pun aku dapat satu pengalaman baru sepanjang perkhemahan ni.. terima kasih pada semua guru , staff, pentadbir dan budak-budak yang tiut lagi noty tahap babas sebab bagi kerjasama dan banyak membantu aku wat kije-kije yang diamanahkan hingga ke saat-saat terakhir.. penat-penat pun tetap rse hepi plus nak gelak kuat-kuat.. terutama bila ingat pasal aktiviti dua-dua malam.. hOho~ budak~ kamOo semua memang kiut tahap babas la~


Sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing, budak bergambar dulu ngan GB dan beberapa guru yang masih wujud pada waktu ketika itu.. & opkos aku xde sebab aku jadi jurufoto..



Thats all for today.. see u next time.. papai~ =) 
(ada gaya cikgu x..hehe)







6 comments:

misz athiqah said...

ha...ha...kelakar betul entry nie...hehe..macam2 aktiviti dibuat....rasa cam mengenang pengalam masa lalu je...ha...ha...ha...=p

MerLe said...

haha..kan tiqah..tringat ms sekolah dulu kena wat gitu,,skg ble kita sndiri yg wat kt budak2,rs lucu plk..

Ca Ezah said...

slam ziarah kembali..wah..cikgu ker...hehe..bez x jd cikgu? :)

MerLe said...

hehe..still bljr..skg tgh praktikum..insyaAllah thn depan bru jd cikgu betul.. =)

Ca Ezah said...

wah~ beznyer....gud luck keh! :)

MerLe said...

tenkiu~ =) u tOo..