This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Sunday, December 25, 2011

Istimewa untuk KAMU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

25 Disember... selamat menyambut Krismas pada rakan-rakan yang beragama Kristian.. moga perbezaan agama antara kita semua tak mengganggu perpaduan yang dah terjalin... hepi hepi semua~

Itu cerita hari ni... cerita esok lain pula....

Esok 26 Disember 2011.. hari yang istimewa bagi aku.. dan dia... sebelum ni kami tak pernah sambut bersama... yelah...bulan 12 kan time cuti...mesti duk rumah... & aku bukannya jenis suka keluar rumah... janggal rasanya bila nak sambut 'hari itu' bersama dia dengan status dan suasana yang baru... first time ni... tak tau nak buat apa... berdebor eden~ huhu....


Selamat hari lahir bang... wish you for the best...


emmmm....berdebar nak tunggu hari esok...

Saturday, December 17, 2011

Keta rosak tengah jalan? macam mana ni!

senyuman menggoda... aisy~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah berkurun rasanya tak update blog.. ada tak yang rindu? bukan sengaja tetapi keadaan yang memaksa.. jari jemari ni dah gatai nak menaip tapi takde tempat nak menaip.. my cik lappy sedang tenat di wad.. wad mana? haaaa...tu yang eden tak tau... yang pastinya, dah lama eden tak mengadap laptop... cilok yang encik hubby jap... pinjam jap eyh~ hOho~

Apa khabar semua? tetiba jadi skema... kekok seketika selepas lama tak mengadap blog... tapi aku ada 1 cerita...

Masa? 
beberapa minggu yang lalu...

Lokasi? 
di tengah jalan dalam kawasan yang berhutan yang tak berapa nak tebal...

Kejadian?
sebuah keta sorang makcik tua a.k.a nenek tetibe je terhenti di tengah-tengah jalan.. belakang keta dia ada 1 lori yang boleh tahan besar gak la.. & keta lain yang berduyun-duyun, tersusun panjang bak keta api... nasib baek lori sempat brek.. nak dijadikan kisah lagi, nenek tu sorang je dalam keta & terlupa bawa henpon...

pon... ponnnn.... makcik nak lalu

andai kata korang terjumpa kejadian camni, apa yang akan korang buat?

A. keluar kejap dan tolong nenek tu tolak keta dia ke tepi
B. duduk je dalam keta..mana bleh kuar..bahaya!
C. keluar dari keta, tanya keta depan apa yang jadi dan tengok dari jauh
D. kuar tolong tolak keta nenek tu ke tepi & bagi pinjam henpon untuk dia call orang datang amik

mungkin ramai yang akan jawab.. A atau D... tapi berapa ramai yang betul-betul akan buat sebagaimana jawapan A dan D? sedar tak sedar, ramai di kalangan kita akan bertindak cam jawapan B dan C... betul tak?

bayangkan kalau hal sebegini terjadi pada keluarga sendiri... 

fikirkanlah...


lama senyap, tetiba update entri suh orang len pikir... aparaaa... hOho~


Thursday, November 24, 2011

Selamat tinggi PISMP ambilan Januari 2008....

mood sedih...

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Air mata yang aku tahan sejak semalam mengalir juga hari ni...huhuhu~ semalam babak 1 kesedihan dah berlangsung di dewan lepas tamat exam KISSM... alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik walaupun rasa ting tong je masa jawab soklan objektif... 1st time soklan objektif susah daripada soklan esei...hOho~ & aku still boleh berikan senyuman manis waktu yang lain dah basah ngan airmata...

Tapi hari ni rasa sebak tetiba bila duk melambai-lambai pada kawan-kawan yang berangkat pulang bersama barang yang penuh dalam kereta masing-masing... 5 tahun 1/2 ni terasa sekejap je berlalu bila tiba masa penamatnya... perpisahan mengajar erti rindu... mengajar erti keindahan sebuah perhubungan... sengketa yang pernah ada dulu seolah-olah tak pernah wujud lagi... semuanya kini jadi sesuatu yang indah untuk dikenang...


Terima kasih semua... untuk kenangan yang sangat indah ni... moga kita berjaya jadi guru yang terbaik untuk generasi masa depan di sekolah nanti... 

i'll miss u bebeh...

Jaga diri... Jaga peribadi... jumpa lagi =)


Tuesday, November 22, 2011

Exam~ laaaa...ada exam lagi rupenye....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yea... exam ada lagi rupenye... esok la tarikh bersejarah tu... tapi exam kali ni laen sikit sebab ni exam untuk KISSM... apakah KISSM? rujuk sini... baru kursus 2 hari dah ada exam... aiyaiyai~ tak la banyak sangat... cuma 40 soklan objektif untuk masa 40 minit dan kena pilih & jawab 4 esei daripada 8 pilihan dalam masa 2 jam 30 minit... terbaek~

Pening jap sebab taktau nak baca apa... penceramah dah bagitau tadi yang bukan semua maklumat dalam isi ceramah kursus akan masuk dalam paper... dengan kata laen, kena cari bahan tambahan lain untuk ulangkaji... terbaek~ benar-benar mencabar & mengujakan hati dan naluriku... terasa diri dah masuk ke alam dewasa... hOho~ merapu...

gambar tade motif...

ok... tu je laporan untuk hari ni... terima kasih pada yang sudi terus baca coretan aku sampai sini... melalut je banyak...huhu~ aku nak sambung study... terima kasih pada yang bekalkan bahan bacaan untuk kami... terharu seketika.. 

Doakan aku dapat buat exam ngan baik esok yea... pada semua rakan dari semua IPG, tak kisah la bila korang akan jalani exam ni... aku nak wish 'good luck'... moga kita semua berjaya wat ngan baik... amin~  


Esok hari terakhir di Afzan..... gembira @ sedih?!



Contest Klik Dan Like Fan Page

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku dijemput khas oleh tuan tanah Miss Nadya Punyer Blog untuk join contest ni... caranya senang je... sile baca... jeng~ jeng~ jeng~

1. Buat Tajuk Entry Korang Contest Klik Dan Like Fan Page
2. Copy banner kat atas tu lepas tu backlink ke sini semula atau korang copy je code yang diberi tu ok.
3. Klik Amira & Follow blog Photography Blog
4. Tag kan 3 orang kawan korang dan pastikan dorang tahu untuk memeriahkan contest nad buat ni.^_*

Syarat 1?

tajuk da betul kan? da setel... lalalaaaa~

Syarat 2?


da siap copy~ nak tau lebih lanjut? klik banner tau dik non dik non sekalian~

Syarat 3?

suda klik & follow~ lalalaaaa~

Syarat 4?

tag 3 kawan......... emmmmm... ok~ follower bertuah hari ni adalah


harap korang dapat merasakan keber'tuah'an tu... hOho~ rosak bahasa aku...pelempang ke pipi....

okey~  setel suda tugasan untuk kali ni... alhamdulillah~

Jaga diri... Jaga peribadi... Jumpa lagi... papai~ =)