This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Wednesday, February 16, 2011

..Khabar Terbaru..


..rentetan dari Tolong dOakan dia... 

Khabar terbaru diterima dari surat khabar yang aku baca masa rehat tadi.......


Bakal guru menderita

MENTAKAB – Impian seorang bakal guru untuk mengikut jejak langkah bapa menjadi pendidik semakin pudar apabila kini dia terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada otak.

Sejak lima bulan lalu Mohd Syafiq Abdul Manaf 22, pelajar tahun tiga Maktab Perguruan Lipis tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.

Menceritakan detik awal penderitaan Mohd Syafiq, bapanya Abdul Manaf Yunus 47, berkata, anaknya seorang yang aktif tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal tetapi diserang demam panas ketika sedang belajar pada 23 September tahun lalu.

Menurutnya, selepas dibawa pulang, Mohd Syafiq kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan menjalani beberapa siri rawatan.

“Tidak lama kemudian dia kembali pulih tetapi diserang sawan hingga tak sedar dan terus lumpuh sebelah badan.

“Sehingga sekarang, dah lima bulan dia terlantar sakit dan hanya bergantung makanan pada susu. Saya terpaksa menggunakan separuh gaji saya setiap bulan bagi membeli keperluan susunya.

“Kos itu hanya untuk susu belum dikira lampin pakai buang, makanan tambahan dan ubat-ubat keperluan lain yang perlu diberikan mengikut dos ditetapkan,” katanya.

Abdul Manaf ditemui di rumah baru-baru ini semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menziarah mereka.

Mohd Sharkar berkata, beliau bersetuju membantu Abdul Manaf dan keluarga bagi pembelian susu sekali gus dapat mengurangkan sedikit beban keluarga tersebut.

Abdul Manaf berkata, Mohd Syafiq anak sulung daripada enam beradik sepatutnya menamatkan pengajian tahun hadapan tetapi akibat penderitaan ditanggung menyebabkan dia diberi cuti sakit untuk satu tempoh masa.

Menurutnya, rakan-rakan dan pensyarah maktab di Lipis tidak pernah melupakan dan sering menziarahi Mohd Syafiq yang memegang jawatan Yang Dipertua Pelajar di maktab terbabit.

Abdul Manaf berkata, baru-baru ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersetuju untuk memberikan bantuan perbelanjaan RM300 sebulan kepada Mohd Syafiq dan beliau berharap supaya ia disegerakan untuk menampung belanja tinggi diperlukan.

“Saya juga mengharapkan rakan-rakan lama sudi membantu saya menampung perbelanjaan diperlukan untuk anak saya.

Mereka yang ingin membantu boleh datang terus ke rumah Abdul Manaf di alamat nombor 14 Jalan 1/5 Taman Seri Layang, Mentakab atau menyalurkan terus bantuan ke akaun Maybank 156020291063 atau berhubung dengan Abdul Manaf di talian 013-9348914.


..terima kasih pada Sinar Harian yang siarkan berita ni..

doakan yang terbaik untuk dia..
bantulah pada siapa yang mampu..



 nOta tapak kaki :

--------> Salam Maulidur Rasul... =)

 ada cerita nak gitau..tunggu mOod rajin mai dlu nOooo..hOho~ skg nak siapkan kje skit..esOk nk kna 'observe' aiyaiyaiiii~~~~

1 comment:

Unknown said...

aku tunggu cerite seterusnye