This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Saturday, January 7, 2012

Wa Lindu Sama Lu..... huhu~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu pertama dah berlalu... selalunya seminggu sebelum bermula sesi belajar, aku dah mula sibuk tanya semua orang bila nak balik... buat 'perjanjian' ngan rumet pasal kunci bilik... ni memang aktiviti wajib aku ngan rumet... windu dia.. huhu~

Bila semua dah sampai, mula buat mesyuarat besar-besaran plus sesi bercerita plus makan-makan secara tak sedar diri dengan macam-macam makanan yang dibawa dari rumah masing-masing... 

Satu topik yang paling best ialah bincang pasal sape yang akan dilantik jadi ahli tertinggi a.k.a paling banyak kerja kena buat dalam kelas... semua akan harap nama dorang takkan dipilih untuk calon ketua unit, penolong ketua unit & setiausaha unit... sape yang terpilih tu, sabor je la... terimalah dengan hati yang reda dan tulus ikhlas.. hehe..

Dalam kelas pula sambung bercerita pasal apa je cerita sepanjang cuti akhir tahun... dari cerita sendiri sampai ke cerita kucing jiran sebelah rumah... sape yang tade cerita nak cakap pulak akan melopong tengok cerita a.k.a movie dari laptop masing-masing secara beramai-ramai... i like~ hehe...

Time pensyarah datang, baru kelam kabut balik tempat sendiri... pensyarah keluar,sambung aktiviti tadi semula... masuk minggu kedua baru nak mula serius belajar... pensyarah pun dah mula bercerita tentang tugas-tugas yang perlu dibuat sepanjang semester... aiyaiyai~

Itu cerita tentang aktiviti aku pada minggu-minggu pertama di ipg... untuk tahun-tahun sebelum ni... tahun ni? aku just duk di rumah sambil mengadap tv plus tunggu surat posting... rasa kurang something je tanpa dengar gelak tawa rumet aku dan dengar cerita dorang semua sambil melantak makanan... aura kerinduan sedang melanda diri.. hOhoho~

Pape pun, hidup perlu diteruskan... cewah ayat... yang penting, aku perlu bersedia mental dan fizikal sebelum masuk ke sekolah... emmmm....bila agaknya surat posting nak sampai yeee?



*** sedang taip entry sambil tengok perlawanan bola sepak antara Kelantan vs Negeri Sembilan... tak kira sape yang menang, tahniah~ =)

 

3 comments:

Ca Ezah said...

rindu jugak life dirumah sewa dgn kwan2... :(

misznanarizal said...

waahh..bestnye akak subiey dah hbis belajar..sy ada lagi 3 thun kat lipis ni..semoga dpt posting sekali dgn hubby akak =)

MerLe said...

ca : huhu..windu~

misznanarizal : hehe..tape..tak lama..kejap je lgi..