Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selepas lama menunggu, akhirnya dapat tau juga tempat posting... aku dapat PAHANG.... sebagaimana yang aku pilih... Alhamdulillah... yang penting, encik hubby pun sama... =) sekolah? tak tau lagi...
Ramai kawan-kawan aku yang dapat Sabah Sarawak... harap dorang reda dan bersedia untuk berkhidmat dengan baik... cuma ada 1 citer tak best pulak yang keluar hari ni...
"" ..Semalam cek dapat kat Semenanjung, hari ni cek dapat Sarawak.."
APA YANG BERLAKU??????
kesian kawan aku tu... aku dah boleh bayangkan reaksi dia bila tengok tempat posting dia berubah sekelip mata dalam masa 1 malam!
Kenapa boleh jadi begini? kalau memang masa cek mula-mula dah dapat Sabah atau Sarawak takpe jugak tapi bila bertukar tanpa apa-apa pemberitahuan dan hanya dalam masa tak sampai 1 hari, memang terasa keanehan di situ... dalam fb ada bising-bising kata masalah ni disebabkan oleh budak-budak yang ada 'kabel'... entah la..aku tak berapa tahu bab ni.. kalu betul, kesian pada yang kena... harap petempatan aku tak berubah saat-saat akhir...
Pape pun, aku harap semua baik-baik belaka... walau kat mana pun kita ditempatkan, bersyukurlah... sekurang-kurangnya kita dah dapat penempatan... ramai lagi yang masih menanti jawapan... sujud syukur...
16hb dah kena lapor diri... emmmmm..........