This is Me

My photo
Anak kelahiran bumi Kelantan mix Kedah yang stay di Terengganu dan baru tamat study di Pahang.. Punyai seorang suami dan dua anak patung peneman tidur.. Sangat suka pada milo ais kaw dan komik Detektif Conan.. insyaAllah~ Seorang yang sensitif dan pemalu.. Tak suka orang hipokrit.. Sekian terima kasih..

My Pet Baby Luna sudah pun lapar~ ::klik untuk bagi makan::

Thursday, June 30, 2011

Terbaik dari ladang~ =D


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

aiiiii~ lama bebeno rasenye takleh wat singgah sahur a.k.a blogwalking.. pelik tul tengok orang lain boleh maen tenet ngan selambanya masa aku terkial-kial cari line tenet.. alhamdulillah dapat gak buka hari ni.. degil bebeno line tenet ni yea.. sekeh sikit.. dishhh dishhh dishhhh~

Semalam a.k.a kelmarin ada sambutan hari guru peringkat ipg aku.. ok sangat meriah~ aktiviti dari pagi sampai malam.. petang je takde.. rehat.. memang terbaik la~ =D

Yang aku suka, kejutan masa nak rasmi majlis sambutan waktu pagi.. semua terkejut bila kotak kek jatuh.. rupanya gimik je.. terkejut eden~ pastu yang masa sebelum penutup malam persembahan.. tiba-tiba semua budak teater lari masuk sambil jerit tunjuk ke arah pintu depan.. ingatkan hape la.. rupanya jpp bawa cenderahati untuk timbalan pengarah.. wat suspen je tengah-tengah malam..

Yang terbaik opkos la masa majlis malam.. 10 item siswa budaya buat persembahan.. gamelan, choral speaking, nasyid, koir, teater, tarian, perkusi ensembel, dikir barat, keyboard ensembel dan band.. yang tak buat persembahan cuma kompang formasi ngan kumpulan penyanyi puisi je.. kali ni group teater bergabung ngan group koir ngan tarian.. memang terbaik~ i like~ =)

Bila tengok adik-adik junior buat persembahan, teringat masa kami awal-awal dulu.. masa masih tak ramai penuntut kat bumi afzan ni.. semuanya kami kena buat.. i mean aku dan kawan-kawan yang 1 batch.. sekarang semuanya tinggal kenangan.. tua-tua ni dah kena bersara, bagi peluang kat adik-adik junior plak.. tiba-tiba mengaku tua.. hOho~ 

Teringat masa buat latihan koir dan persembahan depan sultan...
Teringat masa sakit pale sedia kostum untuk persembahan teater...
Teringat masa berlatih gerakan kompang formasi kat dewan ngan surau..

Semuanya terlalu indah untuk dikenang.. tahniah pada adik-adik junior yang gigih berusaha.. tahniah pada pensyarah-pensyarah yang sentiasa beri bimbingan.. tanpa kalian, semua item siswa budaya takkan mampu jadi sehebat tu.. tibe-tibe jadi sentimental.. huhu~

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)
 

tibe-tibe cam teringin nak berlatih koir ngan kompang formasi lagi.. huhu~




tade gambo nak letok..huhu~ 



Wednesday, June 22, 2011

Program apa???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasa cam dah naik lengah jari jemari duk menekan keyboard laptop yang segabak ni.. at last, bleh la jugak buka blog.. aiii~ line tenet agak slow di sini.. nak bayar pakcik brokben, duit tak bape nak hade lagi.. hOho~ tapi nampaknya aku memang dah nak kena bayar.. sebabnya???

Internship akan bermula sebulan lebih awal daripada  perancangan asal..

oyeh~ oyeh~ oyeh~ =D

..tapi sebenarnya... oh~ tidak~~~ =(

Aku akan internship kat sekolah yang aku praktikum sebelum ni.. maknanya, minggu depan aku dah kena bersiap sedia untuk jadi warga Bentong semula.. nasib baik dapat gak cari rumah untuk sebulan.. terima kasih pada Mudah.com yang memudahkan usaha aku mencari rumah sewa semalam.. hOho~ emmmm.... program apa aku nak wat kat sekolah nanti????

Bagi tempoh 2 minggu pertama ni, maktab aku wat kelas bertukar-tukar.. time masa EDU kat kelas lain.. masa kelas PRA plak kat kelas lain.. ok..bagus... aku memang suka jalan merata-rata ni.. =P


Sebenarnya aku nak tanya sikit.. 
Andai kata korang ada anak or adik yang belajar kat prasekolah, apa program yang korang rasa nak cikgu buat untuk budak-budak tecik tu? 
harap sangat korang boleh bagi idea kat aku sikit.. plizzzzz~ 
mata berkelip-kelip

K la.. aku nak g berblogwalking plak.. sementara line tenet tengah ok ni, baik aku gerak cepat-cepat.. kang dah tersekat-sekat nanti, tak dapat plak aku nak tinggalkan jejak..

Pape hal pun, jaga diri.. jaga peribadi.. papai~ =)


 cam kurang je sebab takde gambo baby kali ni.. huhu..


Monday, June 20, 2011

Hari baru~ di tempat lama..

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum aku melalut ke lain, aku nak minta maaf banyak-banyak pada semua follower & rakan-rakan blogger sekalian.. uish..ayat agak skema.. sebabnya? aku tak dapat nak tinggalkan komen kat blog korang.. nak balas komen kat blog sendiri pun tak bleh.. just bleh jenguk-jenguk je.. line tenet tak bape nak ok.. duk maen ciku cak je.. ish~ saje tak mau aku melekat kat laptop la tu.. 

 Pada Madam Siti @ Noli.. nanti dah relaks skit saya join k =) 

 
Sekarang ni aku dah selamat bertapa di bumi Lipis.. hari pertama dah dapat jadual.. aiiiii~ semester ni ada 4 kursus.. ingatkan semester last kursus sikit je.. banyak jugak.. hOho~ tape.. tape.. gOod luck utk diri sendiri~ & utk kamOo kamOo jugak =)


Hari ni pendaftaran masuk budak-budak baru.. ramai tul famili yang datang.. tapi rasa cam kurang sesuatu je.. apa ye???? pape pun, selamat datang untuk adik-adik yang baru daftar masuk hari ni.. moga anda semua berjaya mengharungi hidup di bumi Lipis ni dengan jayanya.. hOhoho~ ketawa jahat nakal..

Walau di mana saja kita berada, yakinlah bahawa yang terbaik tak semestinya datang dalam bentuk yang indah.. sabarlah.. kerana yang indah itu akan tetap hadir walau tanpa kita disedari..
ok.. apa yang aku merepek ni???

K la.. aku stop dulu.. Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


yang baru masuk ni PPISMP ke KPLI???

Saturday, June 18, 2011

Lipis~ i'm cOming~


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. result exam semester lepas dah kuar~ oyeh3~ rasanya dah naik skit dari yang sebelum ni.. ok la tu kan.. ada gak peningkatan.. Alhamdulillah~ sile sujud syukur..

Malam ni nak kena berkemas dah.. esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat pulang ke Lipis.. perasaan masa ni?ada 2..

1. huhuhu~ tak mau~ nak cuti lagi~ 
2. oyeh3~ aku dah semester akhir~ hOho~

emosi yang pelbagai..

Pape pun, aku harap semester kali ni akan lebih baik daripada sebelum ni.. amin~

moh tolong aku kemas barang.. lalalalaaaa~

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


tak sempat nak join segmen kak Sunah =(


Friday, June 17, 2011

JOM JOIN REVIEW BLOG and GIVEAWAY by CIK BUBU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku tahu pasal benda alah ni dari blog cik Purple tadi.. tertarik ngn 'domo' dalam banner tu, sO aku nak join jugak.. hOho~ sape mau join jugak, cam biasa k.. klik banner bawah ni ye~


Aku join ni sebab nak cik bubu review aku.. nama pun segmen review kan.. hOho~ boleh la tau apa lagi yang kurang, yang boleh aku tambah baik lagi.. boleh kan cik bubu~ mata berkelip-kelip.. & mana tau nasib agak baek kali ni boleh dapat hadiah.. hOho~ & 1 more thing.. dapat kenal lebih ramai kawan baru =)

Ok.. tu je.. harap random.org pilih aku..lalalaaa~ =P



Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


Jumaat dah datang~ 2 hari lagi~


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Jumaat datang lagi.. maknanya tinggal 2 hari baki cuti aku sebelum aku perlu berangkat pulang ke tempat aku menimba ilmu.. Lipis~ wait for me~ bajet tak sabar nak balik.. padahal...... 

"tidaaaaaaaakkkk~ tak mau balik~"

3 hari lagi semester baru akan bermula.. semester 8.. semester terakhir utk aku sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan plus kedewasaan.. still takleh nak percaya yang aku dah nak masuk kategori dewasa.. rasa cam kanak-kanak lagi.. hOhoho~

aii tecik lagi..... lalalaaa~

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)



awak, drive keta leklok.. 

Tunggu Sekejap @ Dua Kejap???


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Orang kata penantian itu satu satu penyeksaan.. yea, seksa menanti sesuatu yang tak pasti.. tapi lebih seksa menanti sesuatu yang pasti tapi tak hadir-hadir lagi.. aiii~ dah berbelit-belit.. 

Kesimpulannya... 

Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu kita ok.. sile faham =(





****************************************

Malam makin larut..........


Masa untuk tidur..............


Selamat malam semua..........


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


shhhhhhhhhhhhhh... baby tido~


Thursday, June 16, 2011

Penangan Nora Elena



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni last citer Nora Elena.. kOrang tengok tak? aku baru tengok beberapa hari lalu.. hOho~ ok..memang agak ketinggalan.. aku tengok dalam tonton.com je.. waktu Maghrib bukan masa yang sesuai untuk tengok tv ye adik-adik sekalian.. tok setan-tok setan bersorak sorai kalu tengok kita wat dono bila time azan Maghrib berkumandang..

 
versi drama vs versi novel

Korang dah baca novelnya? aku penah baca dulu.. tak bape ingat sangat dah jalan citer dalam novel..  tapi yang sure memang happy ending la kan.. dan aku ingat nama Seth Tan sebab nama tu unik.. tapi ada orang kata ending citer akan berubah daripada yang dalam novel.. watak Nora Elena akan dimatikan.. betulkah? nak tau, tengok la sendiri nanti.. tapi jangan lupa pada waktu Maghrib yang sekejap tu.. citer, citer jugak.. sOlat jangan lupa.. 

hero smart + heroin cantik = i like~ =)


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


Bulan Merah~

teruja nak tengok...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bulan merah dah hilang~ ada sape-sape yang sempat tengok semalam? aku tunggu sampai kul 3 je.. al-maknanya tak tengok la kan.. hOho~ lagipun dengar-dengar awan tebal, so tak berapa nampak.. tape.. tape.. tape.. 10 Disember nanti insyaAllah akan ada lagi..


Sementara tunggu bulan Disember, tengok la dulu dalam gambar ni.. hOho~


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)



Baby.. Baby.. Baby..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..






nOthing.. 
juz nak tunjuk gambar baby.. hehe~ 

cOmey~ =D


"Kalau Saya dapat RM300"

muka teruja..hOho~

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku belek-belek entri lama tadi, eh..ehh..ehhh~ rupenye aku tak join lagi contest ni.. memandangkan hadiahnya agak lumayan, apa salahnya aku mencuba nasib kan.. sape nak join jugak, sila klik banner yang colourful kat bawah ni deh.. =)


(1)
Aku penah berjanji ngan adik aku.. kalu dia dapat keputusan yang elok dalam SPM, aku nak bagi hadiah henpon.. perasan kaya la masa tu.. tup tup baru sedar tahun ni la adik aku exam SPM.. hOola hOola~ aku tak habis belajar lagi sO ongkos nak beli henpon dia selalu terguna untuk diri sendiri..hOho~ sO, andainya aku dapat, boleh la tenang sikit.. takyah pikir dah mana nak cari duit untuk beli.. sape suh janji sangat kan..huhu~


(2)
Untuk majlis aku hujung tahun ni.. hehe~ insyaAllah.. kalu dapat tu, kurang-kurang boleh la guna untuk tambah hadiah cenderahati ke, cover mana-mana yang tak cukup ke.. nak kawin kan kena guna banyak belanja.. hOho~ 


(3)
Takpun boleh guna untuk perbelanjaan aku kat maktab.. elaun ntah bila akan dapat.. kalu dapat, tak la rasa sesak sangat walaupun elaun tak dapat lagi.. nak minta ngan mak ayah rasa malu la plak.. semester akhir ni mesti banyak guna duit.. ok, dah mula berkira-kira apa yang kena bayar...emmmmm


Inilah antara sebab musababnya.. harap kak Safra boleh terima alasan yang aku bagi ni.. huhu~

Untuk kali ni, aku nak tag

Yang lain-lain pun boleh join sama.. mana tau ada rezeki.. rezeki Allah ada di mana-mana.. moh la join sama-sama nOoo~

Harta bukan segalanya dalam hidup.. tapi dengan harta, kita dapat membantu orang lain meneruskan hidup.. berbaktilah selagi mampu.. 

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


Wednesday, June 15, 2011

Lapar~



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Malam makin larut.. teringin nak tunggu, konon-kononnya nak tengok gerhana bulan.. tapi mata dah tunjukkan  tanda nak melabuhkan tirai.. nasib baek perut masih memberi sokongan dengan mendendangkan alunan lagu yang pelbagai.. 

aiiiiii~~~ nape la asal time tengah malam je mesti rasa lapar.. tiba-tiba aku terbayangkan.........

roti john

burger

keow teow kungfu

roti kebab


Ni la antara makanan tengah malam aku kalau time duk maktab.. kadang-kadang je la.. tapi cukup untuk buat aku ketagih nak makan tengah malam.. hOho~ terima kasih pada si dia berbaju biru di sebelah --->


Di rumah? ni je menu tengah malam aku.. tapi tetap sedap~


milo panas.. tengah malam takleh minum ais.. sO minum yang panas je la.. 




Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)



Dia Yang Ku Rindu


Hari itu aku terasa sesuatu yang aneh.. benar.. semuanya terasa aneh.. pulang dari sekolah, aku lihat dia terbaring di atas kerusi itu. yea, di situlah tempatnya sejak sakit itu datang.. perlahan, tangannya ku gapai..

"Mek, along balik dah.." 

Dia hanya diam.. tapi dari lirikan matanya, aku tahu dia membalas sapaanku.. selesai siapkan diri, aku duduk berehat di sisinya.. mataku memandang tepat ke televisyen.. sesekali aku pandang dia.. masih diam di situ..

Kringggggg...kringggggggg

"Petang ni kita ada unit beruniform" 

Suara teman merangkap jiranku mengingatkan semula apa yang telah kulupakan.. 

"Emmm..ok..saya bersiap"

Mataku memandangnya yang terbaring.. tiba-tiba hatiku terasa sebak.. entah mengapa.. seolah-olah ada sesuatu yang menghalangku dari melangkah keluar

"Mek, along g sekolah dulu"

Tangannya ku cium.. sejuk.. aku pandang wajahnya.. tiada berubah  riak mukanya..

"Mek tunggu along balik tau.. along g sekolah kejap je"


**********************************************

Masa terasa begitu lambat berlalu.. celoteh guru dan teman di sisi bagaikan angin lalu.. hati meronta-ronta mahu segera pulang.. tiba-tiba terasa menyesal datang ke sekolah petang itu.. fikiranku dibayangi wajahnya.. pandangan matanya tadi seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu.. apakah?  

**********************************************

Dari jauh, aku lihat kelibat kereta itu menuju ke arahku.. penantian selama 30 minit berakhir juga.. sebaik pintu dibuka, aku terpana seketika.. kereta jiranku itu sudah sarat dengan penghuninya.. mujurlah badanku yang kecil dapat memenuhi sedikit ruang yang ada.. 

"Maaf, makcik pergi lawat mek along dulu tadi"

Mereka memandangku dengan pandangan yang aneh.. aneh bagiku.. bertanyakan beberapa soalan yang aneh.. aneh jika difikir dengan teliti..

"Macam mana keadaan mek along sebelum along pergi sekolah tadi?"

Mengapa soalan itu ditanya sedangkan mereka baru saja melawatnya??? 

*******************************************

Ramai orang yang datang melawat hari ni.. hatiku berdetik melihat himpunan alas kaki di depan pintu rumah.. semua mata memandangku sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah..

Kenapa ramai sangat orang datang hari ni???

Seorang demi seorang menghulurkan tangan untuk bersalam.. senyum ku berikan tanda hormat walaupun tiada seorang pun yang ku kenal.. mungkin kawan-kawan mek.. detik hatiku lagi.. langsir yang memisahkan ruang depan dan ruang tamu kuselak.. langkahku terhenti.. sekujur tubuh terbaring di depanku......


Mek.. along rindukan mek.. al-Fatihah

*******************************************

14 tahun dah berlalu.. tapi peristiwa ni masih berbekas di hati.. ok~ aku tengah sedey sekarang.. huhuhu~ aku tak tipu k..

Aku wat entri ni sebab Dr.Siti Hamidah wat contest suh cerita "Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Sewaktu Kecil"   Oleh sebab ni la memori yang paling takleh dilupakan, ni je la yang boleh aku cerita.. yang lain kurang jelas di ingatan sikit.. sebabnya? bak kata ustaz aku dulu,aku ada masalah hilang ingatan..hOho~ ok..ni separuh tipu..

Sape-sape rasa cam nak mengimbau balik kenangan silam dia, boleh la join.. pape hal, klik je  banner kat bawah.. ok, budak dalam banner tu comey~


Kali ni aku tag...

Sape-sape nak kenal sape dorang ni, bleh la klik kat nama-nama dorang tu.. aku siap promote dorang dah tu.. hOho~

Pape pun yang penah jadi, teruskan hidup ni dengan senyuman.. kerana senyuman itu penyeri hari-hari kita.. 

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


GIVEAWAY CIK PURPLE

lalalalaaa~ warming up suara.. takde kaitan ag ngan entri.. hOho~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Tadi aku join segmen cik Genk, sekarang giveaway cik Purple plak.. dua blogger ni katanya berkawan baik.. sO aku nak berlaku adil la.. join dua-dua.. baik tak aku.. hOho~ =P

Cam biasa, nak tau pape pasal giveaway ni, sila klik banner yang comey kat bawah ni otei~


Emmm.. untuk kali ni, aku nak tag....
moh kenal si cantik manis ni.. sekali lagi aku promote orang.. hehe~


Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER

waaaaaaaaaaaaaaaaa~ bulatnye mata~ takde kaitan ngan entri..


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku dah dijemput khas oleh tuan punya tanah suh join segmen ni.. sO aku pun merajinkan jari jemariku untuk menaip.. ok, blog dia sangat cOmel~ suke tul kalu ada kartun kiut miut ni..hehe~ tak caye? moh jenguk.. sambil-sambil tu bleh la trus join.. camne nak join? klik dulu kat banner dia kat bawah ni..


Aku dah lama tak nampak cik Shera update entry, sO aku nak tag dia la.. sape cik Shera? nak kenal dia? haaaa, klik kat cni ---> cik Shera~  ::..sempat ag promote blog org laen..hehe..:: 

Yang lain-lain pun, moh ler join ramai-ramai~

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)


Gerhana Bulan~ =D ::thanks Yaya::



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Ada sape-sape rasa nak tengok gerhana bulan? haaaaaaaa.. malam ni takyah tido.. dengarnya tengah malam ni a.k.a awal pagi esok (16 Jun) akan berlaku gerhana bulan.. 


Bagi yang beragama Islam, boleh la wat sOlat sunat khusuf @ gerhana bulan.. nak tahu gane? try terjah blog cikgu ni..

-----> HOK SENGOTI (klik jangan tak klik)

Dia ada bagi info pasal solat sunat ni.. bukan selalu kan kita solat sunat gerhana.. time ada gerhana je boleh.. sambil-sambil duk tengok bulan tu, moh la sama-sama solat pada yang boleh..

 Pape pun, jaga diri.. jaga peribadi.. papai~ =)


Dalam MHI tadi dorang kata masa gerhana, bulan jadi warna jingga.. nak tau betul ke tak, tengok la karang..


Nota Tapak Kaki :
Thanks cik Yaya~ =D



"Segmen | Tabiat saya yang paling pelik.."


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi yang indah ni, jom join segmen ni.. sape nak join jugak, klik kat header cik LULU yang cun melecun ni k =) 


Tabiat pelik? emmmmmm............. ok, ni yang aku ingat......

(1)
Kalu aku stress, aku mesti nak pekena milo ais.. bukan milo yang biasa-biasa.. nak yang kawww punya.. 1 gelas tu kalu boleh nak letak 8 hingga 10 sudu milo.. tarak gula.. tarak susu.. juz milo semata-mata.. sampai tahap yang paling teruk, penah dulu aku tambah lagi serbuk koko dalam milo tu.. rasanya? memang kawww tahap gaban la.. pahitnya memang takleh cakap.. tapi sangat la puas hati.. hOho~ sile jangan tiru yea adik-adik sekalian.. sekarang ni aku dah cuba nak kurangkan bilangan sudu milo.. kena berjimat la.. dulu takpe, mak ayah beli milo, sekarang dah kena beli sendiri.. hOho~

wallah~ wallah~ sangat sedappppppp~~~~ =D

(2)
Kalu time aku migrain, aku makan coklat.. yang selalu jadi pilihan? Nips.. kalu dah tak sedar diri tu, ntah bape plastik boleh habis.. pendek kata, tokey Nips tu kaya sebab aku la.. melampau betul statement.. haha~ tapi ni dulu la, sekarang dah kurang sikit.. 


(3)
Kalu aku dalam mood yang tak menentu, aku suka menconteng.. ikut la apa pun.. kalu kebetulan aku dalam kelas masa tu, aku conteng je papan putih kat depan tu.. tak kisah dah kalu orang tengok pun.. tapi time pensyarah takde je la.. lukis pokok ke.. lukis rumah ke.. lukis muka orang ke.. yang paling aku suka buat, tulis guna huruf yang aku reka sendiri.. aku reka sendiri sebab takmau orang tahu apa yang aku tulis.. sO kalu tengok aku duk tulis bentuk pelik-pelik tu, wat dono je la yea.. ::pesanan utk classmatezz..hOho~:

conteng~ conteng~ conteng~ 

K la.. tu je kot.. aku pun tak tau ni semua boleh masuk kategori pelik ke tak.. tapi rasanya kalu dah lain dari orang lain tu, kira pelik la kan.. hehe..

Pape pun, walau apa pun yang kita buat, jangan sampai menyusahkan orang.. 

Jaga diri.. Jaga peribadi.. papai~ =)